Selasa, 2009 Februari 10

INDAHNYA CINTA

Cinta itu BUTA,cinta itu fitrah manusia yang sentiasa dahagakan kasih dan sayang,perhatian,belaian dan saling memerlukan antara ADAM dan HAWA, justeru.. NAFSU yang baik melengkapkan IMAN dan takwa terhadap cinta itu menjadi sempurna, namun NAFSU syaitan senantiasa mempengaruhi tingkah laku manusia dalam kehidupan seharian sehingga membutai mata hati. Bulan ini sedia maklum semua orang ketahui BARAT meraikan Hari Valentine’s sempena memperingati mendiang paderi mereka. Tapi tak kurang juga rakyat MALAYSIA yang taksub dan menjadikan ia adat tradisi budaya REMAJA dan mungkin segelintir golongan TUA juga turut sama meraikan sambutan memperingati kekasih masing masing.Nak salahkan remaja pun tak adil juga,budaya ini telah menjadi sebahagian dari tradisi sejak zaman remaja saya lagi.Ada yang mengaut keuntungan diatas sambutan ini dengan promosi yang pelbagai.

Lumrah kehidupan sememangnya begitulah,zaman berubah, budaya pun sedikit sebanyak tercalar.Arus kemodenan adalah sesuatu yang positif namun tak kurang juga kesan negatifnya jika disalahgunakan.Teknologi yang semakin canggih telah banyak meningkatkan kualiti hidup dan daya pemikiran manusia dewasa ini hingga ada yang menjangkaui batasan pemikiran manusia itu sendiri.Tak hairanlah bila berita berita yang sering kita baca dan dengar berkisarkan tentang jenayah, seks,kehancuran akhlak yang dipengaruhi oleh NAFSU yang tak bertepi. Manusia itu dianugerahkan AKAL dan NAFSU,Malaikat dianugerahkan AKAL tanpa NAFSU manakala Haiwan dianugerahkana Nafsu semata mata.Disinilah letaknya KEKUASAAN ALLAH.

Bagi golongan sesetengah pencinta barangkali CINTA KEPADA ALLAH mungkin tidak begitu menarik perhatian mereka yang hanya memandang NAFSU dan DUNIA sementara ini perlu dikecapi sepuas puasnya sementara muda dan bernafsu.Kekuasaan ALLAH menunjukkan hanya dengan setitik air kita dijadikan seorang manusia yang lengkap.KebijaksanaaNYA ditunjukkan dengan betapa rumitnya dan sulitnya anggota anggota kita dan penyesuaian bahagian anggota itu antara satu dengan yang lain.CintanNYA ditunjukkan dengan Kurniaan kepada kita bukan sahaja anggota anggota yang paling penting untuk hidup seperti jantung,hati,otak tetapi juga anggota anggota lain seperti tangan,kaki,lidah dan mata.Ditambah pula dengan perhiasan seperti rambut yang hitam dan ikal,bibir merah dan monggil,bulu mata yang lentik dan lebat, pada yang bertuah dikurniakan secantik itu adalah Anugerah yang patut disyukuri bukan sebaliknya.Hanya iman pembenteng Nafsu. Seperti Firman Allah bermaksud “RahmatKU lebih besar dari kemurkaanKU.”Sabda Nabi SAW.“Allah sayang kepada hamba-hambanya lebih dari sayang ibu depada anaknya.”

Tanpa kehendak Allah SWT dan KemurahanNYA,manusia tidak akan zahir ke alam nyata.Jika tidak cinta kepada Allah bererti dia tidak mengenal Allah kerana cinta timbul dari perkenalan.Cinta bukan hanya memandang kepada sifat zahir sahaja,tetapi memandang kepada sifat batin.Bahkan apabila kita hendak menimbulkan cinta dalam hati kanak kanak terhadap seseorang,kita tidak melihat kepada keindahan bentuk zahirnya,tetapi kita melihat keindahan batinnya.Apa sahaja cinta,mestilah kerana Allah,Sebab itulah kita cinta kepada Nabi Muhamad SAW kerana baginda adalah Rasul dan kekasih Allah,maka hari memperingati KEKASIH ALLAH (Maulidul Rasul) perlu diutamakan.


TANDA TANDA CINTA KEPADA ALLAH
1. Tidak membenci kematian
2. Sanggup berkorban kerana Allah
3. Menggingati dalam Hati
4. Mencintai Al-Quran,Rasullullah dan semua Makhluk
5. Menunaikan Tahajjud
6. Indahnya Beribadat
7. Berkasih Sayang sesama Mukmin
Allah berfirman:
“Wahai segenap hamba,hakKU atas diri kalian adalah mencintai kalian, maka tumbuh kembangkan rasa cinta dalam diri kalaian kepadaku.”
Hadis riwayat Imam al-Asy’ariy
ZIKIR HATI
HATI HATI BILA BERKATA
HATI HATI BILA MELIHAT
HATI HATI BILA MENDENGAR
HATI HATI BILA BERPERASAAN

DARI MATA TURUN KE HATI
BISIKAN HATI MENGALAHKAN AKAL
BUSUKNYA HATI KERANA NAFSU
TAK BERHATI PERUT PENYAKIT JIWA

PENYUCIAN JIWA DARI HATI
ZIKIR HATI MENCUCI DOSA
SIFAT MULIA PANCARAN HATI
MENJERNIHKAN WAJAH SI PUNYA HATI

MULIANYA HATI KEKASIH ALLAH
INSAN TELADAN LAGI DICINTAI
KATA HATI PADA YANG SATU
SUNNAH RASULLULLAH PILIHAN HATI

HATI INI SERING DIJENTIK
HATI INI SERING DISENTUH
HATI INI SERING MENAFSIR
PASTI INI RAHMAT HIDAYAHNYA

BUTA HATI,JERNIHKAN HATI
HATI MATI,TAUBAT MENANTI
BUKAN MUDAH, BUKAN PAYAH
TEPUKLAH DADA TANYALAH HATI

Nukilan dari hati :lynnda abbas

Khamis, 2009 Januari 01

2009 TAHUN KEJAYAAN


Isnin, 2008 September 29

SALAM AIDILFITRI DARI KAMI
ANILYN AURA SPA

Khamis, 2008 September 18

SEMPENA RAMADHAN DAN HARI RAYA AIDILFITRI

DAPATKAN TAWARAN ISTIMEWA YANG TERBAIK DARI KAMI!!!


Sila hubungi kami di 03-55484288 atau 013-3709583

Email: anilynauraspa@yahoo.com.my

Isnin, 2008 September 01

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA


Khamis, 2008 Julai 31

Ketahui Tahap Kesihatan Melalui IRIDOLOGY

Salam sejahtera buat pengunjung Blog Anilyn. Hari ini saya akan kongsikan serba sedikit antara kaedah diagnosis kesihatan melalui mata dikenali sebagai kaedah diagnosis Iridology.

Ilmu Iridology merupakan satu kajian mengenai apa yang tergambar pada iris mata dan pengamatan terhadap sebarang perubahan yang berlaku padanya. Penguasaan ilmu ini akan memberikan kemahiran kepada seseorang dalam diagnosis dan boleh dijadikan sebagai alat bagi mengawasi keadaan kesihatan seseorang.

Di dalam analisa iridology terdapat carta iris yang menunjukkan lokasi organ-organ pada tubuh manusia (refleks). Teorinya menyatakan iris mata itu pada hakikatnya berhubungan dengan setiap organ dan tisu tubuh menerusi sistem saraf dan otak. Fiber saraf yang kedapatan pada iris akan memberi respons terhadap sebarang perubahan yang berlaku di dalam tubuh dengan cara memanifestasikan fisiologi refleks yang sejajar dengan lokasi dan perubahan tisu tertentu.

Menerusi kaca pembesar dan sebuah lampu khas, seorang iridologis boleh melihat dan mentafsir tentang kedudukan kesihatan seseorang, juga menunjukkan di mana terdapat kekuatan dan kelemahan organ-organ dan tisu tubuh. Contohnya, bagi seorang yang mana diagnos pada irisnya menunjukkan ada tanda yang disebut sebagai ‘Sodium ring' ( calcium ring atau salt ring ). Ini menunjukkan proses penimbunan atau pengerasan sedang berlaku di dalam sirkulasi apabila campuran kalsium atau kolesterol mendap pada dinding salur darah utama dan kecil.

Sekiranya mendapan ini bertambah, tentulah jantung mesti bekerja lebih keras demi mempastikan sistem berfungsi. Kesannya pesakit tersebut mudah mendapat kekejangan, keletihan dan sakit-sakit pada bahagian tertentu tubuh bilamana dia bergerak.

Selain memberi khidmat dan nasihat untuk kecantikan, Anilyn Aura Spa juga menawarkan khidmat diagnosa ini. Diagnosa iridology adalah selamat, mudah dan tepat. Dengan mengetahui kelemahan-kelemahan tertentu organ tubuh badan, anda bolehlah melakukan sesuatu kepadanya sebelum ia menjadi parah. Kepada anda yang ingin membuat diagnosis kesihatan melalui kaedah ini, jemputlah berkunjung ke Anilyn Aura Spa Anilyn Aura Spa Tel/faks: 03-55484288 Hp: 013-3709583, Seksyen 18 Shah Alam-Lynnda Abbas