Assalamualaikum, salam mesra. Saya, Puan Lynnda Abbas selaku pengasas Anilyn Aura Spa pertama sekali mengucapkan selamat datang ke blogspot kami. Lokasi Anilyn Aura Spa terletak di No 35B Jalan Pinang B/18B, Seksyen 18, 40200 Shah Alam Selangor bersebelahan dengan restoran makanan segera Mc Donald. Kami berpengalaman selama 8 tahun dalam bidang kecantikan. Syukur Alhamdulillah, atas permintaan ramai, kami telahpun melebarkan sayap perkhidmatan kami meliputi bukan sahaja dalam bidang kecantikan wajah dan tubuh badan malah kami juga menawarkah khidmat terapi komplementari iaitu Terapi Reiki; sebuah terapi semulajadi menggunakan tenaga alam. Mengaplikasi diagnosis Applied Kinesiology, Iridology dan Scanning, ia amat membantu dalam rawatan dan terapi yang dijalankan. Rata-rata pelanggan kami berpuas hati dengan khidmat yang kami berikan.'Kecantikan' amat subjektif jika dibicarakan. Rata-rata wanita amat mementingkan kecantikan. Ya, ia amat perlu kerana sebagai wanita, kecantikan merupakan sebuah kekuatan yang lahir, hidup dan fitrah. Walauapapun tafsiran mengenai kecantikan, yang penting, kecantikan itu tidak hanya dinilai dari luaran semata-mata...dengan menjaga kecantikan dalaman, akan terpancar terus cahayanya keluar apatah lagi jika seseorang itu menjaga keduanya: luar dan dalam. Kami disini berpegang bahawa kecantikan dalaman dan kecantikan luaran perlu sentiasa dijaga, dibelai dan 'dibaja' agar sinar aura kecantikan itu terus hidup dan terpancar!
Anilyn Aura Spa (sign board kanan paling atas)
Tel/faks: 03-55484288
Tel/faks: 03-55484288
Hp: 013-3709583
Email: anilynauraspa@yahoo.com.my

1 komentar anda:
hai.. boleh berkenalan?? hehe.. syabas..cantik gambar..
Catat Ulasan